Aku




 ~SEDIKIT MENGENAI SEJARAH NEGERI ASAL KU IAITU KELANTAN~




Kelate Dan Rial ...

" Rial " atau " Ghiyaa " adalah sebutan orang Kelantan
bagi " Ringgit Malaysia " yang unik bagi negeri Kelantan

11 Things You Should Know About A Kelantanese


1. Kelantanese use a proper Malay word.
Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak
merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard.
seperti contoh:
Ulau - Melaka
Ulaq - Kedah
Ulor - Johor
Ular - Kelantan ( ooo-laaa)
dan banyak lagi…
2. Kelantanese don’t ‘cakap kelantan’.
Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka ‘kechek kelate’. Bahasa
kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami
diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa
sarawak, dan sabah).
Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan
tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan
tidak dimatikan dihujungnya.
contoh:
betina - tino (Ttee-nor)
berjalan - jale (Jjaa-ley)
bermain - maing (Mmaa-eng)
perbualan - buale (Bbua- ley)
pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he)
contoh ayat:
"Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu" - Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu
"Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo" - Mari
kita pergi berjalan rumah pak arifin, ada ‘chance’ boleh duit raya
3. Kelantanese have their own currency.
Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan
matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka
sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi ‘ghiya’.
Walaupun ‘ghiya’ kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan
exchange rate antara ‘ghiya’ dan RM adalah sama, malah wang yang
digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya
digunakan di kelantan. Contoh:
Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:
"Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?"
"oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok"
Situasi yang sama, tetapi menggunakan ‘ghiya’
"Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?"
"slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2
ghiya"
perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam
‘ghiya’, malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 ‘ghiya’ (atau 2
ringgit)
4. Kelantanese and ‘Budu’.
Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.
contoh:
saiful: "aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam
ni" (sambil berwajah sedih) shazmin: "perrgghh, ni kalau ada budu ngan
limau nipis, kena pulak ulam raja…" (sambil meleleh air liur)
So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan. (pergghh… budu ngan ulam raja)
5. Kelantanese are soft.
Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemaluTetapi
sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa,
mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka. merupakan sifat yang paling jelas.
6. Kelantanese doesn’t hold to ‘adat’ rules.
Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang
paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk
kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat.
Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat
Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan
lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.
Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang
johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan
sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga
sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak
wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. Ayat yang biasa didengari adalah:
"buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih"
(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada
yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan.
7. Kelantanese and Nik Aziz.
Orang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang
kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih
kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri
adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.
8. Moon Kite (Wau Bulan).
Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih
kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin
yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi
menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.
9. Wayang kulit.
Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC) masyarakat
kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat
Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat dimana-mana kampung di
kelantan (sebab itu kota bharu tak ada panggung wayang).
10. Thailand (golok).
Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat
bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju,
barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di
golok. Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang
besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan
masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di
golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya
boleh membeli belah bersama-sama.
(* 50 sen = samah, RM 1.50 = tiga amah)

11. Dikir Barat

Pengenalan
Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan . Ianya wujud dikalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar.Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.Dikir Barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan ataupun dipertandingankan.

Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat semasa musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalu diadakan oleh Persatuan-Persatuan Belia tempatan, badan-badan Kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dalam persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.

Perkataan Dikir ialah hasil dari 2 kombinasi seni iaitu, "Dikir" dan "Pantun" atau "Dikir" dan "Karut". Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi "Dikir Barat", "Dikir Karut", "Dikir Pantun" dan "Dikir Syair" adalah sama ertinya. Walau bagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Siam dengan Dikir Karut.


Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang juara dan beberapa orang awak-awak (Selalunya antara 15 ke 30 orang).

Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya pasukan dikir barat. Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan bersyair. Pantun-Pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut seleranya. Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa berfikir dua kali.  

 Juara merupakan orang kedua penting dalam satu pasukan Dikir Barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang karut mengarut. Hanya kadangkala, juara juga terpaksa mengarut iaitu di waktu Tukang Karut belum tiba (biasanya di awal permainan) , tapi masanya tidaklah lama, Juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan, tetapi Tukang Karut mendendangkan karutnya sambil berdiri.

Awak-awak ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan Dikir Barat. Kebiasaannya awak-awak ini terdiri daripada muda mudi belasan tahun. Pada praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awak-awak.Gelaran awak-awak ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jaggan seorang ketua yang dipanggil "Keragan" jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awak-awak dalam permainan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.

 
istimewanya negeri kita..mudahan2 warisan budaya ini tak ditelan
zaman..anak2 muda mudi kelate harus mengenali nya utk generasi akan
datang…
sayang sungguh ke negeri kelantan!!!
"UNIKnya KeLanTan"
ukhwah anak2 kelantan
 
Artikel Ini Dipetik Dari Salah Satu Blog Rakyat Kelate....